miss you

Powered by Blogger.
RSS
HI, WELCOME TO MY BLOG... JANGAN TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN, NESCAYA ENGKAU AKAN KECEWA, KERANA KESEMPURNAAN ITU MILIK ALLAH S.W.T, SEBALIKNYA BERSYUKURLAH...

KESANTUNAN BAHASA

BUDI BAHASA


DEFINISI BUDI BAHASA BUDI
   
   Ÿ  BUDI
        1)       Akal dan kebijaksanaan.
       2)     Perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak.
       3)     Sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya upaya.


   Ÿ  BAHASA
       1)       Sistem lambang yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.


CONTOH SIKAP TIDAK BERBUDI BAHASA YANG SERING KITA LIHAT:
            a)      Menggunakan perkataan tidak elok ketika bercakap.
            b)      Tidak beratur mengikut giliran.
           c)      Membuang sampah merata-rata.
           d)      Merokok di tempat awam.
           e)      Tidak menghormati orang tua


PUNCA-PUNCA KELUNTURAN NILAI BUDI BAHASA
          a)      Masyarakat materialistik.
          • “first class infrastructure, third class mentality”.
         b)      Budaya hedonisme.
         • pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan
           keseronokan dan kesenangan.
        • penerapan budaya barat dalam masyarakat eg. Black metal
        • bertindak liar hingga tidak lagi mengamalkan budaya hormat-
           menghormati atau bersopan-santun serta menggunakan kata-
           kata kesat dan lucah dalam percakapan.
         c)     Sikap individualistik.
        • Memikirkan diri sendiri sahaja.
        • Mengambil hak orang lain.
  Cth: pemandu memotong kiri ketika berlaku kesesakan lalu  
        lintas tidak beratur ketika menaiki kenderaan awam
        meletakkan kenderaan di tempat letak kereta orang
        kurang upaya.


STRATEGI DAN PENAMBAHBAIKAN
1) Sistem kekeluargaan
• Berkomunikasi dengan anak-anak perkara baik-baik
• Menunjukkan sikap yang baik
2) Sistem pendidikan
• Formal dan tidak formal
• Penekanan subjek Pendidikan Islam dan Moral
3)Sistem perkhidmatan dan komunikasi
• Kempen Budi Bahasa - menyedarkan masyarakat tentang
  betapa pentingnya berbudi bahasa antara satu sama lain.
• Kempen Budaya Kerja Kelas Pertama - menuntut penjawat
  awam mengamalkan nilai- nilai murni serta memberikan
  perkhidmatan yang berbudi bahasa.


IMPLIKASI TIDAK MENGAMALKAN BUDAYA BERBUDI BAHASA
1) Individu
• dipandang serong dan tidak boleh dipercayai oleh orang
  sekeliling.
2) Masyarakat
• saling curiga-mencurigai • pergaduhan • tidak bersatu-padu
3)Negara
• Hilang generasi yang mempunyai daya kepimpinan
• Kemerosotan ekonomi • Industri pelancongan terjejas


TEGAK RUMAH KERANA SENDI, RUNTUH SENDI RUMAH BINASA,
SENDI BANGSA IALAH BUDI, RUNTUH BUDI RUNTUHLAH BANGSA.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AMALKAN CARA HIDUP SIHAT

Kunci untuk sihat sepanjang hayat:
·         Makan secara sihat
·         Tidak merokok
·         Lakukan aktiviti fizikal
·         Belajar menangani stres

Faedah cara hidup sihat
·         Meningkatkan jangka hayat dan status kesihatan anda.
·        Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar), tekanan darah tinggi dan kanser.
·         Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
·         Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan.
·         Menjadikan anda lebih produktif samada di rumah atau di tempat kerja
·         Secara keseluruhan, penampilan diri anda lebih menarik dan anda akan rasa lebih selesa.

Makan Secara Sihat
·         Nikmati pelbagai jenis makanan
·     Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
·         Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.
·         Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.

Tidak Merokok
Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik).
Kekal sihat! Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:
·         Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
·         Yakinkan diri
·         Buat nota peringatan
·         Katakan pada diri anda ‘Aku bukan perokok’
·         Tumpukan pada hari ini
·         Sentiasa berfikiran positif
·         Dapatkan sokongan
·         Lawan keinginan untuk merokok
·         Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)
·         Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok:

Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok
·         Melengahkan-lengah
·         Minum banyak air
·         Menarik nafas panjang
·         Membuat sesuatu
·         Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
·         Mengunyah sesuatu
·         Membasuh tangan
·         Mandi dengan kerap
·         Melakukan senaman regangan
·         Memohon doa

Lakukan Aktiviti Fizikal
Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan.
Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.
Lakukan aktiviti fizikal
·       Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari; tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali)

·         Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda


Tangani Stres
Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.
Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:
·         Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
·         Bertenang...kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
·         Kenal pasti kenapa anda marah
·         Cuba dengar penjelasan orang lain
·         Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
·         Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
·         Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan

Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:
·         Berfikir secara positif
·         Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
·         Belajar menyukai diri sendiri
·         Belajar bertenang
·         Adakan hobi
·         Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
·         Dapatkan tidur yang cukup
·         Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
·         Bersifat tegas/asertif
·         Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS