Kunci untuk sihat sepanjang hayat:
·
Makan secara sihat
·
Tidak merokok
·
Lakukan aktiviti
fizikal
·
Belajar menangani
stres
Faedah cara hidup sihat
·
Meningkatkan jangka
hayat dan status kesihatan anda.
· Mengurangkan risiko
anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok
(angin ahmar), tekanan darah tinggi dan kanser.
·
Membuat anda
kelihatan dan berasa lebih baik
·
Membolehkan anda
memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan.
·
Menjadikan anda
lebih produktif samada di rumah atau di tempat kerja
·
Secara keseluruhan,
penampilan diri anda lebih menarik dan anda akan rasa lebih selesa.
Makan Secara Sihat
·
Nikmati pelbagai
jenis makanan
· Makan mengikut
waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan tengahari dan
makan malam)
·
Pilihlah makanan
harian berasaskan Piramid Makanan.
·
Pilih makanan yang
rendah gula, garam dan lemak.
Tidak Merokok
Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada
40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung
dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di
dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63
boleh menyebabkan kanser (karsinogenik).
Kekal sihat! Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:
·
Tetapkan tarikh
untuk berhenti merokok
·
Yakinkan diri
·
Buat nota
peringatan
·
Katakan pada diri
anda ‘Aku bukan perokok’
·
Tumpukan pada hari
ini
·
Sentiasa berfikiran
positif
·
Dapatkan sokongan
·
Lawan keinginan
untuk merokok
·
Gunakan Terapi
Gantian Nikotin (NRT)
·
Amalkan Petua 10 M
untuk berhenti merokok:
Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok
·
Melengahkan-lengah
·
Minum banyak air
·
Menarik nafas panjang
·
Membuat sesuatu
·
Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
·
Mengunyah sesuatu
·
Membasuh tangan
·
Mandi dengan kerap
·
Melakukan senaman regangan
·
Memohon doa
Lakukan Aktiviti Fizikal
Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga
dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan.
Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko
mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan
sakit sendi.
Lakukan aktiviti fizikal
· Lakukan aktiviti
fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari; tempoh
aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit
setiap kali)
·
Pilih aktiviti
fizikal yang sesuai dengan anda
Tangani Stres
Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh
semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila
keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa
kepada kemarahan.
Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:
·
Menyedari yang anda
sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
·
Bertenang...kira
hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
·
Kenal pasti kenapa
anda marah
·
Cuba dengar
penjelasan orang lain
·
Anda perlu beredar
jika tidak dapat mengawal kemarahan
·
Berbincang dengan
orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
·
Membiasakan diri
memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan
Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:
·
Berfikir secara
positif
·
Jangan salahkan
orang lain apabila berlaku kesilapan
·
Belajar menyukai
diri sendiri
·
Belajar bertenang
·
Adakan hobi
·
Luangkan masa untuk
keluarga, kerja dan beriadah
·
Dapatkan tidur yang
cukup
·
Dapatkan teman
untuk meluahkan masalah
·
Bersifat
tegas/asertif
·
Tetapkan matlamat
realistik untuk diri anda
0 comments:
Post a Comment