CIRI-CIRI MURID BERKEPERLUAN KHAS
• Sindrom Down
• Disleksia
• Epilepsi
• Pintar Cerdas
• Cerebral Palsy
• Autisme
• Lembam
• Disleksia
• Epilepsi
• Pintar Cerdas
• Cerebral Palsy
• Autisme
• Lembam
1. SINDROM DOWN
- Sindrom
Down merupakan kecelaruan genetik yang paling dikenali yang menyebabkan
kecacatan akal pada kanak-kanak.
- Ciri-ciri
fizikal yang jelas membezakan mereka daripada individu lain.
- Contoh
ciri-ciri fizikal Sindrom Down :
a. Mata sepet dan condong ke atas
b. Hidung penyek
c. Bertubuh rendah
d. Lidah
yang tebal dan panjang
e. Jari-jari
tangan yang pendek.
2. DISLEKSIA
- Disleksia
adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu ‘dys’ bermaksud
‘kesukaran’ dan ‘lexia; bermaksud ‘perkataan’.Terjemahannya membawa
maksud ‘kesukaran dengan perkataan bertulis’.
- Menurut
Sanders dan Myers (1996), kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri disleksia
mempunyai kesukaran-kesukaran khusus dalam bacaan, menulis dan mengeja.
- Kesukaran-kesukaran
ini termasuklah masalah yang serupa dalam kerja nombor dan mengenali
simbol-simbol, seperti not muzik atau symbol matematik.
- Ciri
kanak-kanak disleksia :
a. Kesukaran
belajar bahasa
b. Ketidakseimbangan
dengan kebolehan intelektual
c. Tidak
lancer ketika membaca sesuatu bahan bercetak
d. Tidak
dapat menulis dengan lancar dan tepat
e. Daya
tumpuan yang terhad
3. EPILAPSI
- Epilepsi
ialah satu gejala gangguan saraf disebabkan oleh kecacatan atau gangguan
pada isyarat elektrik yang mengawal operasi otak.
- Ia juga
dikenali sebagai gila babi dalam masyarakat Malaysia khususnya kaum
Melayu.
- Epilepsi
atau gila babi merupakan ketidakaturan otak yang mengganggu fungsi sistem
saraf yang normal. Ini menyebabkan penghidapnya mengalami sawan berulang
kali atau tidak sedarkan diri secara tiba-tiba.
- Disebabkan
keadaannya yang tidak dapat diramal ini, individu tersebut mungkin
mengalami kecederaan yang serius.
- Epilepsi
biasanya penyakit keluarga dan tidak ada kaitan dengan kecacatan mental.
4. PINTAR CERDAS
- Kanak-kanak
pintar cerdas dapat dikenalpasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau
menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan
potensi untuk melakukan pencapain di tahap yang sangat tinggi apabila
dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain yang sebaya umurnya, sama
pengalaman atau persekitaran.
- Ciri
kanak-kanak pintar cerdas :
a. IQ
tinggi
b. Keupayaan
pelbagai
c. Prestasi
luar biasa
d. Mencari
kesempurnaan
e. Terlalu
sensitive
f. Mudah
kecewa
5. PALSI SEREBERAL
- Palsi
sereberal adalah kecacatan anggota disebabkan oleh cacat hubungan saraf di
antara bahagian otak dengan bahagian badan semasa dilahirkan atau pada
awal usia.
- ‘Cerebral’
bermaksud otak dan ‘palsy’ bermaksud kurang atau tidak upaya mengawal
pergerakan otot.
- Palsi
sereberal adalah berkeadaan kekal, tidak progresif, yakni keadaan
kecacatan otak itu tidak akan menjadi lebih serius atau tenat.
- Pali
sereberal diklasifikasikan dengan dua cara iaitu melalui pergerakan
anggota badan kaki dan tangan yang berpalsi itu.
- Ciri
kanak-kanak palsi sereberal :
a. Pergerakan anggota badanya, sama ada
pergerakan badan atau
kakinya atau atau kedua-duanya sekali.
kakinya atau atau kedua-duanya sekali.
b. Menghadapi masalah ‘contracture’ atau
otot-otot merecut
yang menyebabkan pergerakan semakin terbatas dan
akhirnya
menghasilkan kecacatan.
c. Pencerutan
yang luar biasa boleh menyebabkan tulang belakang
membengkok ‘scoliosis’
dan pengalihan tulang pinggul.
6. AUTISME
- Istilah
‘autisme’ berasal dari perkataan autos yang bermaksud diri sendiri dan
isme bermaksud aliran.
- Ini
bermakna autime bermaksud kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri.
- Ciri-ciri
autime :
a. Perkembangan
bahasa lambat atau tiada langsung.
b. Sukar diajak bercakap.
c. Suka
besendirian.
d. Sensitif
pada sentuhan.
e. Tidak suka
bermain seperti rakan-rakan sebayanya.
7. LEMBAM
- Kanak-kanak
yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah
biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang
mudah / objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta
daya pengamatan yang lemah / rendah.
0 comments:
Post a Comment