miss you

Powered by Blogger.
RSS
HI, WELCOME TO MY BLOG... JANGAN TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN, NESCAYA ENGKAU AKAN KECEWA, KERANA KESEMPURNAAN ITU MILIK ALLAH S.W.T, SEBALIKNYA BERSYUKURLAH...

KATA NAMA

 MAKSUD KATA NAMA

·         Kata yang ditujukan pada benda, binatang, orang, tempat, bulan, bangunan, hari, waktu dan seumpamanya. Kata Nama boleh digolongkan pada beberapa jenis.
1)      KATA NAMA AM
2)      KATA NAMA KHAS
3)      KATA GANTI NAMA


1.   KATA NAMA AM
  • Kata yang menyatakan nama benda, haiwan, haiwan, manusia, tempat (secara umum) dan sebagainya, sama     ada konkrit ataupun abstrak, bernyawa ataupun tidak benyawa, boleh dibilang atau tidak boleh dibilang.
  • Contoh: kereta, guru, kerusi, playar, cendawan, peta, kanggaru, kelab masyarakat, serai fikiran, senja, ribut, badai, guntur, mimpi, fikiran, perasaan roh, demonstrasi konkrit abstrak.
  • Contoh: mangga, seniman, merpati, mawar, kemboja, komputer, mesin faks, donut garam, pasir, rumput, udara, angin, lumut, hampas, cahaya, lantai binatang, orang, serangga, tumbuhan-tumbuhan, unggas, mergastua, mamalia, amfibia perabot, senjata, buah-buahan, cakerawala, sungai, tebing, dunia, bilik, motobot berbilang tak berbilang bernyawa dan tak bernyawa.Ÿ
  • Kata Nama Am boleh terbentuk melalui proses imbuhan, sama ada awalan, akhiran ataupun apitan.
  • Nama Terbitan Awalan Akhiran Apitan,  contoh: penyapu (sapu), durian (duri), kerajaan (raja), penyanyi (nyanyi), tujuan (tuju), pelarian (lari), pekebun (kebun), pecahan (pecah) dan kecurian (curi).


2.   KATA NAMA KHAS
  •  Kata yang menyatakan nama benda, haiwan, haiwan, manusia, tempat (secara khusus) dan sebagainya, sama ada bernyawa ataupun tidak bernyawa.
  • Contoh: Rasyidah, Brendan, Eileen, Puteri Farhana, Maddie, Tompok, Biring, Rafflesia Chua Chu Kang, Ahad, West Mall, Korea Selatan, Proton Saga, Planet Utarid.



3.   KATA GANTI NAMA
  • Kata yang menggantikan kata nama.
  • Kata Ganti Nama boleh digolongkan pada 5 jenis iaitu,  kata ganti diri, kata ganti tanya, kata ganti tunjuk, kata ganti tempat dan kata ganti tak tentu.
  • Kata Ganti Nama Diri digunakan untuk menggantikan nama atau panggilan kepada orang.
  • Kata Ganti Nama Diri ini boleh dibahagikan kepada tiga golongan iaitu, Kata Ganti Nama Diri Pertama, Kata Ganti Nama Diri Kedua dan Kata Ganti Nama Diri Ketiga.
  • Kata Ganti Nama Diri Pertama digunakan bagi menggantikan nama diri sendiri atau orang yang bercakap.  Contoh: saya, aku, hamba, kita, kami, patik, daku, dan kata singkat ‘ku’.
  • Kata Ganti Nama Diri Kedua digunakan bagi menggantikan nama orang yang diajak bercakap. Contoh: anda, awak, engkau, dikau, kamu, tuanku, dan kata singkat ‘kau’.
  • Kata Ganti Nama Diri Ketiga digunakan bagi menggantikan nama orang yang diperbualkan. Contoh: dia, mereka, beliau, baginda, dan kata singkat ‘nya’. kata ganti diri diri pertama diri kedua diri ketiga.
  • Kata Ganti Nama Tanya digunakan untuk menanyakan manusia, binatang, benda, tempat dan bilangan. Contoh: apa, berapa, mana, siapa.
  • Kata Ganti Nama Tempat digunakan untuk menggantikan nama sesuatu tempat atau kedudukan. Contoh: sini, sana, dan situ.
  • Kata Ganti Nama Tunjuk digunakan untuk menunjukkan sesuatu seperti orang, binatang, benda dan sebagainya. Contoh: ini dan itu.
  • Kata Ganti Nama Tak Tentu digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang tidak menentu. Contoh: apa-apa, mana-mana, siapa-siapa (sesiapa), bila-bila. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment