miss you

Powered by Blogger.
RSS
HI, WELCOME TO MY BLOG... JANGAN TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN, NESCAYA ENGKAU AKAN KECEWA, KERANA KESEMPURNAAN ITU MILIK ALLAH S.W.T, SEBALIKNYA BERSYUKURLAH...

PIRAMID MAKANAN SEIMBANG





PENGENALAN

  • Piramid Makanan Malaysia merupakan satu panduan mudah bagi individu mempelbagaikan makanan harian mengikut jumlah sajian yang disarankan.
  • Makanan seimbang mengandungi kombinasi pelbagai jenis makanan untuk memberi kita semua zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Tiada satu pun makanan tunggal yang dapat membekalkan kesemua zat yang diperlukan. Tubuh memerlukan pelbagai jenis makanan dalam kuantiti yang berbeza untuk memelihara kesihatan.
  • Piramid Makanan Malaysia mempunyai gabungan lima  kumpulan makanan yang diletakkan pada empat (4) aras. Selain daripada jenis kumpulan makanan, piramid makanan juga menyatakan jumlah sajian yang disarankan untuk diambil dalam sehari bagi setiap kumpulan makanan.
  • Bentuk piramid yang lebih besar di bahagian bawah dan semakin mengecil ke atas menggambarkan kepada individu perlu mengambil makanan yang lebih banyak pada bahagian bawah (dasar) piramid dan makan sedikit makanan-makanan pada aras paling atas (puncak) piramid.



KUMPULAN MAKANAN ASAS.

 ARAS 1
  •  Sumber utama karbohidrat yang membekalkan tenaga (50% -55% dari jumlah tenaga harian).
  • Sumber yang baik untukvitamin, mineral, dan serat.
  • Serat makanan memberi banyak manfaat seperti meningkatkan pergerakan usus dan menjaga kesihatan usus serta mencegah  sembelit. Ia juga membantu menurunkan paras glukosa dan kolesterol darah.
  • Pilih makanan bijirin daripada bijirin penuh seperti roti mil penuh, bijirin mil penuh, beras perang. Makanan ini mengandungi kandungan serat yang lebih tinggi.
  • Jumlah sajian yang disyorkan adalah 4 hingga 8 sajian sehari. 


ARAS 2
  • Sumber baik untuk serat, vitamin, mineral dan fitokimia yang membantu menguatkan ketahanan terhadap penyakit (imuniti).
  • Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari juga memberi manfaat kepada kesihatan terutamanya mencegah penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung dan beberapa jenis kanser.
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang pelbagai setiap hari.
  • Jenis sayur-sayuran boleh diambil samada sayur-sayuran berdaun hijau, sayuran pelbagai warna, termasuk sayur buah, sayur kacang, ulam, sayuran dalam tin atau beku.
  • Pilih buah-buahan segar. Jus buah tidak boleh menggantikan lebih daripada satu sajian buah-buahan.
  • Jumlah sajian disarankan adalah sekurang-kurangnya 3 sajian sayur-sayuran serta 2 sajian buah-buahan.


ARAS 3
  • Sumber baik untuk protein yang diperlukan untuk membina tubuh.
  • Kaya dengan vitamin B, zat besi dan zink.
  • Kekacang adalah sumber protein yang baik dan juga memberi sumber serat yang baik. Kekacang adalah rendah kandungan lemak dan tidak mengandungi kolesterol dibandingkan dengan ayam dan daging. Kekacang digalakkan diambil setiap hari.
  • Makan ikan lebih kerap, jika boleh setiap hari.
  • Pilih daging dan ayam yang kurang lemak dan kolesterol, contohnya membuang kulit ayam sebelum memasak atau pilih daging tanpa lemak.
  • Pengambilan sehari yang disyorkan ialah tenus.
  • Tinggi protein, kalsium dan pelbagai jenis vitamin dan mineral seperti vitamin A, riboflavin, vitamin B12 dan zink.
  • Kalsium dalam susu membina tulang dan gigi yang kuat bermula dari usia kanak-kanak. Ini membantu mengurangkan risiko osteoporosis (tulang menjadi rapuh) di usia tua.
  • Jumlah sajian yang disyorkan adalah 1 hingga 2 sajian sehari.


ARAS 4
  • Terletak di atas puncak atau paling atas piramid menunjukkan makanan ini perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
  • Pengambilan berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit kronik seperti obesiti, kencis manis, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan beberapa jenis kanser.
  • Hadkan pengambilan makanan tinggi lemak, minyak, gula dan garam serta  kurangkan penggunaan sumber minyak, lemak, gula, garam dalam penyediaan makanan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment